Monday, 20 June 2011

Jangan Tangisi Jika Cinta Itu Tidak Lagi Bermaya


Jatuh cinta pada seseorang kadang membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam diri..jatuh cinta jua memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah dan demi langkah kita mampu menghidupkan suasana kehidupan kita..

Jatuh cinta hanya mengambil masa yang sekejap saja.. Kadang sekelip mata, kita sedari kita telah jantuh cinta..namun masih kita belum ketahui adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan yang selalu kita terpedaya..

hari demi hari,waktu demi waktu,kita mungkin akan merasakan bahang yang amat panas apabila sesuatu perubahan berlaku terhadap seseorang terutamanya seseorang yang begitu rapat dengan kita..yang sering menemani kita di waktu gelap hingga ke cerah dan di waktu cerah hingga ke gelap..

sekiranya itu terjadi,kita akan dapat rasakan hubungan yang selama ini kita bina semakin rengang,semakin jaoh,semakin tidak bermaya..ini kerana kita tiada lagi tempat untuk berkongsi suka dan duka yang selama ini si dia mungkin menjadi tempat untuk kita kongsi duka,tawa dan bermacam lagi..

kita tidak boleh salahkan pasangan kita..mungkin kerana kesibukan,kelas yang melambak2 hingga ke petang,menyiapkan pula assignment sehingga 3,4 pagi,sudah pastinya si dia tiada waktu untuk menemani kita seperti dulu2 sebelum melangkah ke menara gading..mugkin di sinilah timbulnya perasaan berbaur negatif bagi pasanagan yang satu lagi,,pelbagai perasaan yang terbelenggu di fikiran..

  • "adakah aku tidak penting lagi?"
  • "adkah aku tidak diperlukan lagi?"
  • "apakah aku sudah tidak bererti lagi kpdnya?"
  • "knp 1pon msg tidak dikirim kan kpd aku hari ini?"
  • "adakah si dia sudah mempunyai teman yang laen di sana?"


semua persoalan yang -ve terbelenggu di fikiran kita..dan jika kau ingin pergi,pandanglah sepuas hati terhadap diriku ini..maafkanlah segala silapku sebelum dikau berlalu..kau bagiku terlalu bererti mungkin tidak kau sedari..mungkin nasib aku selalu begini..selalu ditinggal pergi..mungkin hanya air mata yang menjadi teman setia..dan biarlah aku mengharungi meskipun tanpa kau disisi..akan ku kenang pekertimu..akan ku bawa bersamaku yang akan menjadi memori yang kekal abadi...owez rember me..egtlah aku yang sudah tentu kesunyian,ingatlah aku yang sudah tentu kerinduan..

saya tidak akan ganggu awak lagi..belajarlah bersunggunh,ingat apa harapan umi,abah,keluarga yang mengharapkan terbaik drp awk..mungkin saya tidak mampu memberi kata2 semangat untuk awak..apa yang saya mampu,hanyalah memberi masalah,memberi tekanan kepada awak....

assalamualaikum...semoga berjaya.. :)

Andai Kau Ingin Menyayangi Seseorang…

Jika kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu….
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ………

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang…
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya….
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. …

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh….
cukuplah sekadar keperluanmu. …
Apabila sekali ia retak….
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula….
Akhirnya ia dibuang….
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa….
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya….
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain…
Kamu juga yang akan MENYESAL…..